Wednesday, 28 October 2015

Donut Gebu by Rita Hasma

Hi semua... lama tak jenguk2 Blog ni.. tetiba pulak nak share resepi donut.. ni sebab pagi tadi buat donut la tu hahahaha....
Tak de yg istimewa sebenarnya tapi mana la tau kan kot2 ada yg teringin nak makan donut versi kampung2 ni tapi tak tahu nak buat..sooo boleh la ye rujuk2 resepi hehehe...

Bahan2:
300g Tepung Gandum (tapi kadang2 sya suka gak guna tepung high protien)
5g Bread Improver
5g Yis
240ml Susu Fresh Milk
30g Gula
6g garam (Secubit je pun)
30g Shoterning

Cara2:
Gaulkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh... hehehe ni cara sya yg malas la yee tapi nak buat gak.. semua campak masuk je dlm Bread Maker.. tapi kalau rajin tu uli je guna tangan... tak de masalah.. setelah da menjadi doh Kemudian Perapkan dia sehingga kembang 2 kali ganda..
                                  Doh saya yg sedia utk di perap sehingga kembang 2 kali ganda

setelah kembang bahagi2 kan mngikut size keinginan sendiri ye... dan bulat2 kan.. klu x de alat khas utk donut sya tekap je guna penutup botol untuk buat lubang kat tengah2 tu hahahaha.. tapi sori ye.. lupa lak nak amek gambar masa nak buat tu.. kemudian biarkan lagi sekali kembang. setelah kembang boleh la ye goreng dengan menggunakan api sederhana... nahh mcm tu je.. da siap boleh di hidang...
yg ni Gambar da siap goreng.. boleh makan mcm tu je pun sedap..
dan yg ni pulak yg saya da hias2 kan la.. ikut suka hati la ye nak hias mcm mana.. janji donut tu gebu dan sedap di makan hahahah...

ok la my dear friends.. selamat mencuba..


Wednesday, 19 August 2015

Resepi Pisang Hijau

Hello semua.. lama lagi saya tak tempekkan respi kat blog ni.. ari ni nak share respi PISANG HIJAU lak hehehe.. jom sama2 kita cuba k... saya da cuba tapi nak slu cuba ni klu tak ada la yg pandai lupa ni...

Bahan – bahan untuk membuat Pisang hijau :
  • 6 buah pisang raja atau kapok atau tanduk yang sudah masak.
  • Sirap yang bewarna merah (sirup cocopandan atau rose atau strewberry)
  • 80 ml gula pasir.
  • 150 gram tepung beras.
  • 50 gram sagu.
  • 10 helai daun pandan.
  • 50 gram tepung gandum
  • 200 ml santan, dan
  • Garam secukupnya.
Bahan – bahan untuk membuat kuah pisang hijau :
  • Tepung beras sebanyak 150 gram tapi sya guna tepung gandum je hehehe.
  • Gula pasir sebanyak 80 gram, dan
  • Daun pandan sebanyak 10 helai
Cara membuat pisang hijau :
  1. Kukus semua pisang sampai matang, jika sudah angkat dan sisihkan.
  2. Gaul tepung beras, gula pasir, tepung sagu, daun pandan (tidak dicampur juga tidak apa – apa), tepung gandum, santan, dan garam secukupnya, dan aduk – aduk sampai betul-betul sebati, dan tapis.
  3. bakar Bentuk adonan tadi membentuk kulit yang nipis, dan adonan ini akan d buat untuk kulit pisang.
  4. Letakkan pisang yang tadi sudah dikukus diatas lembaran adonan tadi, gulung – gulung pisang sampai tertutup dengan adunan.
  5. kemudian Kukus sekali lagi
Cara membuat kuah  :
  1. hiris daun pandan yang sudah anda sediakan, dan blender sampai halus.
  2. tapis air blenderan pandan tadi.
  3. Campurkan air tapisan tadi dengan gula pasir dan beras sampai tercampur rata – rata.
  4. Aduk – aduk campuran tersebut dengan api yang kecil saja sampai menjadi kental.
  5. Jika sudah kental, angkat dan biarkan sampai sejuk.
Cara penyediann Pisang Hijau :
  1. Ambil pisang yang sudah dibungkus dengan adunan tadi, dan potong – potong menjadi beberapa bagian dan letakkan d mangkuk atau cup kecil
  2. Masukkan Ais pada pisang, dan siram dengan bubur (kuah), sirup rose atau cocopandan, serta santan.
  3. Sekarang pisang hijau sudah siap untuk d sajikan
cukup mudah kan... so apa lagi.. Try la

Ini hasil sya buat sendiri.. yeahhh berjaya..



Sunday, 28 June 2015

Kek Ubi Kayu by Rita Hasma

Assalamualaikum semua..
ari ni sya nak share resepi kampung2 je.. iaitu KEK UBI KAYU. jarang2 dengar kek ni kan.
tapi bila da cuba... fuhhhh sedap wehhh... lemaksss dan moist.. Resepi dia sgt2 mudah.
so ikut je resepi kat bawah ni...

Bahan2:-
~ 1cawan margerin @ minyak
~ 1cawan gula
~ 1cawan tepung gandum
~ 4 biji telur
~ 1 sudu baking powder
~ 3cawan ubi kayu yg sudah di parut halus dan buang airnya.
~ sedikit pewarna kuning (klu nak la. klu x nak pun x pe)
~ setengah tin susu pekat (klu nak kurang manis kurangkan sukatan)

Cara2:-
masukkan semua bahan kat atas kecuali ubi kayu. kemudian kita mixer hingga kembang. bila da kembang masukkan ubi kayu dan gaul hingga sebati... kemudian masukkan dlm loyang dan bakar selama 30 hingga 35 minit lebih kurang dgn suhu 180 degree.


senangkan... so apa tunggu lagi.. selamat mencuba

Yg ni la hasil yg saya da buat.. 

Dan yg ni pulak saja packing cantik2 hehehe.. saja nak bagi kawan2 rasa kek ubi lak..

Terima Kasih Semua... kita jumpa next resepi lagi k..





Monday, 18 May 2015

Resepi Coto Makassar ( Coto Nusantara )

Assalamualaikum semua... balik2 kawan2 tya minta resepi coto makassar.  Bukan tak nak bagi tapi nak ambil masa salin semua bahan2 hihihi.... so ada masa terluang ni saja2 la nak share2 sikit ilmu yg ada ni.. Korang ikut je bahan2 dan step kat bawah ye..
Bahan-bahan yang diperlukan :
  • ½ kilogram daging 
  • ½ kilogram Ayam 
  • 200 grm Perut lembu (nak pakai boleh tak nak pakai pun boleh)
Bumbu Coto Makassar
  • 5 batang serai ( di tumbuk halus)
  • 2 cm Haliah (D tumbuk halus_
  • 4 cm lengkuas (di tumbuk halus)
  • 5 lembar daun salam (hemmm kalau kat KK ni sya tak jumpa daun salam so sya tak guna la)
  • ¼ kilogram kacang tanah goreng, 
  • 6 Sudu makan minyak sayur
  • 10 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 Lada kering direbus 
  • 1 sudu makan ketumbar 
  • 8 butir kemiri 
  • 1 sedikit jintan 
  • 1 sedikit garam dan 1 sudu makan lada putih
Hiasan :
  • bawang goreng
  • irisan daun bawang
  • ketupat (Nasi impit )
  • irisan seledri @ daun sup
  • sambal Belacan
Cara Membuat Coto Makassar
  1. Mula2 rebus daging, ayam, perut,kemudian Sisihkan.
  2. Mixer semua bahan di atas kemudian tumiskan semua bahan2 di atas sehingga harum.
  3. Kemudian masukkan air 1 liter dan tuangkan sedikit garam, perisa,sedikit gula dan akhir sekali santan.
  4. cara sajian senang je hehehe, siapkan mangkuk, isi dengan daging dan masukkan kuah kuahnya, tabur dengan bawang goreng, irisan daun bawang dan seledri sajikan dengan nasi impit atau ketupan dan jgn lupa sambal belacan hehehe....
Cukup senang kan.. hehehehe... jgn lupa cuba2 tau... 


Friday, 24 April 2015

Kek Puding Batik

Ni yg sya da cuba.... hihihi... sedapppp

•200gm milo
•250gm butter
•3sudu makan serbuk koko
•1tin kecil susu pekat manis
•Biskut marie 
Cara-cara membuat :
1.Alaskan Loyang dengan plastik, biarkan plastic melebihi Loyang, jadi dengam mudahnya kek senang dikeluarkan apabila kek dah sejuk
2.Cairkan butter alam dengan menggunakan api yang agak kecil
3.Setelah cair, masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul hingga sebati dan masukkan juga serbuk koko
4.Gaul hingga halus dan tak berketul lagi
5.Setelah pekat, susun biskut marie dalam Loyang kemudian curahkan sebahagian adunan tadi dan ratakan, lapis lagi biskut marie, curahkan adunan dan ratakan
6.Seterusnya … ulang hingga habis adunan dan sejukkan dalam peti ais
Selamat Mencuba!!

Monday, 20 April 2015

Cara Menstabilakan Freshcream

Hello Semua... sama2 kita share ye.. terutama bakers mcm sya yg masih terlalu baru dlm bidang ni.. cheewahhh.. ehhh betul la kan...
Kaedah untuk kita mendapatkan lebih kestabilan semasa menyediakan whip cream frosting. Ikut je kaedahnya yang menggunakan salah-satu dari 6 bahan di bawah:- 

1) 2 tsb susu tepung tanpa lemak 
~Kaedah ini menggunakan 2 tsb susu tepung tanpa lemak. Tambahkan susu tepung ke dalam whip cream dan pukul seperti biasa hingga stiff peaks. Nisbahnya adalah 2 tsb untuk 1 cwn whip cream. Kaedah ini lebih sesuai jika whip cream tersebut digunakan sebagai bahan pencicah kerana tekstur whipped cream di tahap stiff peaks lebih kasar dan agak bergintil.

2) 1 tsb gelatin (plain) 
~Kaedah menggunakan 1 tsb gelatin (plain) Taburkan 1 tsb gelatin ke dalam 2 sb air. Biarkan melarut selama 5 minit. Jika masih berbiji cairkan menggunakan kaedah double boiler. Gunakan api kecil dan kacau sehingga gelatin melarut sepenuhnya. Atau boleh juga masukkan ke dalam microwave selama 5-10 saat. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Putarkan  2 cawan whip cream sehingga hampir kaku dan kental sahaja. Tuang gelatin tadi perlahan-lahan dan terus pukul cream hingga soft peaks sahaja. Whipped ceam ini sudah boleh terus digunakan untuk melepa kek.  Perlu diingatkan jangan pukul cream sampai tahap stiff peaks kerana nanti ianya sudah tidak sesuai digunakan untuk melepa kek. Soft peaks pada whip cream jika tidak dicampur gelatin teksturnya tidak stabil dan sukar untuk dibentuk. Di sinilah gelatin memainkan peranannya sebagai bahan penstabil.    Whip Cream yang sudah stabil selepas penggunaan gelatin. ( Sumber : Food Pusher ) 

3) Marshmallows 
~Kaedah menggunakan Marshmallow Putar 1 cawan whip cream sehingga soft peaks. Cairkan marshmellow dalam microwave selama 5 saat. Masukkan ke dalam whip cream tadi dan teruskan pukul hingga stiff peaks. Kaedah ini lebih sesuai jika whipped cream tersebut digunakan untuk penyediaan dessert yang manis kerana rasa marshmellow yang sudah sedia manis disamping teskturnya yang lebih kasar

4) 2 sb gula ising 
~Kaedah menggunakan 2 sb gula ising   Sumber Foto: CakeDecoratingCasa Tambahkan 2 sb gula ising ke dalam satu cawan whip cream. Pukul hingga soft peaks. Kaedah ini sesuai jika whip cream tersebut digunakan untuk dessert.

5) 2 sb serbuk agar-agar segera 
~Kaedah menggunakan 2 sb serbuk agar-agar segera. Masukkan 2 sb serbuk agar-agar segera ke dalam whip cream. Terus pukul hingga soft peaks. Boleh terus digunakan untuk melepa kek. Selain dari menstabilkan kek, agar-agar segera juga menambahkan rasa dan warna  kepada whipped cream tersebut sekiranya serbuk agar-agar yang digunakan mengandungi perasa atau pewarna.

6) Mascarpone Cheese 
~Kaedah Menggunakan Mascarpone Cheese  Tambahkan 1/2 cwn mascarpone cheese ke dalam whip cream semasa memukul. (Sumber : Wiki)

Saya Lebih suka menggunakan kaedah yang kedua untuk kek tempahan. ini kerana ianya lebih sesuai dan lebih praktikal. Lagipun saya rasa lebih yakin akan peratusan kesempurnaan kejadiannya nanti. 

Sunday, 19 April 2015

Home Made ice cream by Rita hasma

Hi salam semua... sini nak share resepi ice cream home made lak. Resepi simple2 je dan mudah utk d buat.. janji rasa sedap hihihi... ok la.. ikut je instruction mcm kat bawah tu ye.. mudah dan simple..

Bahan-bahan :
300g susu pekat
500ml susu full cream
1 tsb ovalet
300ml whipping cream
sedikit flavor (sya guna freash durian sbb tu yg ada dlm peti sejuk hihihi)

Cara-cara:
Mixerkan whipping cream hingga kaku... kemudian masukkan susu full cream dan susu pekat... dan di ikuti dgn ovalet. Mixer lagi kemudian masukkan fresh durian...
Gaul hingga sebati kemudian masukan dlm bekas la yg anda suka lepastu masukkan dlm freezer lebih kurang 4jam atau 6jam... mcm tu je.. senang dan simple kan.. cukup mudahhhh.. so apa lagi.. cuba tau jgn x cuba... upssss lupa lak... terpulang dr korang nak letak pewarna atau pun x hehehehe suka hati je la...

taraaaa... ni dia homemade ice cream yg sya hasilkan... gambar tak lawa tapi rasa memuaskan hehehehe....