Hello Semua... sama2 kita share ye.. terutama bakers mcm sya yg masih terlalu baru dlm bidang ni.. cheewahhh.. ehhh betul la kan...
Kaedah untuk kita mendapatkan lebih kestabilan semasa menyediakan whip cream frosting. Ikut je kaedahnya yang menggunakan salah-satu dari 6 bahan di bawah:-
1) 2 tsb susu tepung tanpa lemak
~Kaedah ini menggunakan 2 tsb susu tepung tanpa lemak. Tambahkan susu tepung ke dalam whip cream dan pukul seperti biasa hingga stiff peaks. Nisbahnya adalah 2 tsb untuk 1 cwn whip cream. Kaedah ini lebih sesuai jika whip cream tersebut digunakan sebagai bahan pencicah kerana tekstur whipped cream di tahap stiff peaks lebih kasar dan agak bergintil.
2) 1 tsb gelatin (plain)
~Kaedah menggunakan 1 tsb gelatin (plain) Taburkan 1 tsb gelatin ke dalam 2 sb air. Biarkan melarut selama 5 minit. Jika masih berbiji cairkan menggunakan kaedah double boiler. Gunakan api kecil dan kacau sehingga gelatin melarut sepenuhnya. Atau boleh juga masukkan ke dalam microwave selama 5-10 saat. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Putarkan 2 cawan whip cream sehingga hampir kaku dan kental sahaja. Tuang gelatin tadi perlahan-lahan dan terus pukul cream hingga soft peaks sahaja. Whipped ceam ini sudah boleh terus digunakan untuk melepa kek. Perlu diingatkan jangan pukul cream sampai tahap stiff peaks kerana nanti ianya sudah tidak sesuai digunakan untuk melepa kek. Soft peaks pada whip cream jika tidak dicampur gelatin teksturnya tidak stabil dan sukar untuk dibentuk. Di sinilah gelatin memainkan peranannya sebagai bahan penstabil. Whip Cream yang sudah stabil selepas penggunaan gelatin. ( Sumber : Food Pusher )
3) Marshmallows
~Kaedah menggunakan Marshmallow Putar 1 cawan whip cream sehingga soft peaks. Cairkan marshmellow dalam microwave selama 5 saat. Masukkan ke dalam whip cream tadi dan teruskan pukul hingga stiff peaks. Kaedah ini lebih sesuai jika whipped cream tersebut digunakan untuk penyediaan dessert yang manis kerana rasa marshmellow yang sudah sedia manis disamping teskturnya yang lebih kasar
4) 2 sb gula ising
~Kaedah menggunakan 2 sb gula ising Sumber Foto: CakeDecoratingCasa Tambahkan 2 sb gula ising ke dalam satu cawan whip cream. Pukul hingga soft peaks. Kaedah ini sesuai jika whip cream tersebut digunakan untuk dessert.
5) 2 sb serbuk agar-agar segera
~Kaedah menggunakan 2 sb serbuk agar-agar segera. Masukkan 2 sb serbuk agar-agar segera ke dalam whip cream. Terus pukul hingga soft peaks. Boleh terus digunakan untuk melepa kek. Selain dari menstabilkan kek, agar-agar segera juga menambahkan rasa dan warna kepada whipped cream tersebut sekiranya serbuk agar-agar yang digunakan mengandungi perasa atau pewarna.
6) Mascarpone Cheese
~Kaedah Menggunakan Mascarpone Cheese Tambahkan 1/2 cwn mascarpone cheese ke dalam whip cream semasa memukul. (Sumber : Wiki)
Saya Lebih suka menggunakan kaedah yang kedua untuk kek tempahan. ini kerana ianya lebih sesuai dan lebih praktikal. Lagipun saya rasa lebih yakin akan peratusan kesempurnaan kejadiannya nanti.
No comments:
Post a Comment